Assalamualaikum dan selamat pagi...
Masuk hari ni dah hari ke-9 MH370 menghilang. Satu dunia masih tertanya-tanya ke mana menghilangnya pesawat boieng 777 ni yang menjadi kebanggaan MAS.
Aku pun setiap hari menanti kemunculan MH370 di hadapan televisyen, internet dan radio. Tapi khabar berita masih sama. PESAWAT MH370 masih belum ditemui!
Banyak spekulasi dah tersebar akibat hilangnya pesawat ni. Ada yang kata di RAMPAS, ter HEMPAS, PATAH BALIK, akibat SEGI TIGA BERMUDA dan macam-macamlah... Semua andaian tu tak ada bukti kukuh.
Orang bukan muslim juga ada yang mengatakan ini adalah akibat PENGGANAS ISLAM! Oh tidak... Islam tidak pernah mengajar keganasan dan hentikanlah spekulasi ini.
Ya, benar kata KAPTEN NORUDIN (Bekas ketua juruterbang MAS), bahawa pesawat itu HILANG 100%. Full Stop!
Aku suka dengan kata2 Kapten yang sangat mengaitkan insiden ini dengan ketentuan Tuhan. Benar, akal kita terbatas untuk memikirkan kehilangan pesawat ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Memetik kata2 Kapten dalam satu wawancara di TV3,
" Sebagai orang beriman, ini adalah ketentuan Tuhan. Allah menentukan segalanya. Kehilangan ini mengelirukan dan menjadi perkara ajaib yang kita dan dunia kena terima."
"Allah memberikan cara dan kunci untuk temui apa sahaja dan manusia harus menggunakan segala usaha termasuk menggunakan kepakaran orang tertentu untuk mengesan pesawat MH370."
Caranya:
"DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH YANG DEKAT DENGAN ALLAH
DAN...
KELUARGA YANG TERLIBAT KERANA MEREKA SEDANG BEREMOSI DAN ALLAH SEDANG MELIHAT MEREKA."
Kapten juga yakin pesawat tu Insya Allah akan ditemui dan hendaklah kita gabungkan Sains dan juga yang mencipta Sains iaitu Allah SWT.
"Jika sains sendiri pun tidak dapat menemui pesawat itu, maka kita perlu kembali kepada pencipta sains itu sendiri yakni dengan terus berdoa memohan pertolongan Allah."
Masya Allah.. Kata2 ini sangat menakjubkan!
Bayangkan seorang juruterbang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dalam penerbangan mengeluarkan kata2 sedemikian.
Beliau tidak menceritakan tentang teknologi2 terkini yang boleh digunakan untuk mengesan pesawat MH370.
Tapi memberitahu kita bagaimana caranya dengan cara spiritual iaitu dengan meminta bantuan Tuhan.
Beliau juga kata zaman sekarang dunia sudah canggih, anak tak pergi sekolah atau orang naik basikal pun satelit boleh kesan apatah lagi pesawat yang sebesar itu!
Tapi benar, sehebat mana pun teknologi ciptaan manusia, tidak akan mampu menandingi kehebatan Allah SWT.
Mungkin Allah ingin menguji keimanan kita.
Dan tak mustahil kisah yang berlaku dalam Surah Al-Kahfi boleh berlaku kepada penumpang2 MH370. Allahua'lam..
Dan akhir sekali, kata-kata dari kapten yang aku simpan sehingga ke akhir hayat ialah..
"DIMANA SAINS BERAKHIR, DI SITU KUASA ALLAH BERMULA."
No comments:
Post a Comment